BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

Tawaran istimewa buat homemade chocolatier

Dalam entri sebelum ini, kami telah mewar -warkan tentang pakej istimewa. kali ini ZHC ingin memperincikan tentang pakej istimewa tersebut memandangkan maklum balas yang kami terima. Terima kasih buat pengunjung yang sudi bertanya.

Bermula tahun 2011, ZISS Homemade Chocolate akan bernaung dibawah Chocolate Garden yang dimiliki oleh Choc Garden Enterprise. Menjelang pelancaran Chocolate Garden di Batu Pahat pada awal Januari 2011, Chocolate Garden berhasrat menghimpunkan chocolatier yang beroperasi sepenuh masa dari rumah untuk memasarkan coklat yang di hasilkan.

ZISS Homemade Chocolate yang beroperasi di Gombak telah diberi ruang oleh Chocolate Garden untuk merekrut peserta kelas coklat kami yang berminat menyertai Chocolate Garden.

Apa istimewanya tawaran Chocolate Garden ?

1. Pemasaran produk homemade berasaskan cokelat seperti coklat pelbagai bentuk dan rasa, kek coklat, muffin coklat. senang cerita apa - apa produk yang ada nama coklat.
2. Pemasaran kelas - kelas produk handmade berasaskan cokelat  seperti kelas coklat.
3. Chocolate Garden akan mula melantik peserta yang menghadiri kelas ZHC bermula Disember 2010 untuk menjadi wakil Chocolate Garden di lokasi - lokasi terpilih.
4. Tawaran keahlian Chocolate Garden bernilai RM 50 untuk seumur hidup. Yuran keahlian ini termasuk kad keahlian yang memberi anda kenikmatan berganda apabila anda membeli di Cube Castle, Batu Pahat Mall Batu Pahat Johor.
5. Sijil penyertaan yang mengesahkan perlantikan anda sebagai wakil Chocolate Garden di lokasi anda.

Sempena cuti sekolah ini, bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Chocolate Garden, pelaburan anda untuk kelas coklat yang di kendalikan oleh ZISS Homemade Chocolate adalah RM 200 sahaja. Apa yang di ajar tidak akan kurang dari pakej kebiasaan ZISS Homemade chocolate. Tawaran pendaftaran ahli yang memberikan anda mendapat diskaun menghadiri kelas hanya untuk 100 orang yang mendaftar pada bulan Disember ini sahaja. Dalam erti kata lain, anda daftar dulu RM 50 sebagai ahli Chocolate Garden dan anda sudah layak untuk menyertai kelas kami dengan RM 200 sepanjang tahun 2011.

Daftar sebagai ahli Chocolate Garden sebelum 31 Disember. Tawaran di buka untuk 100 orang sahaja.

Chocolate Garden berhasrat membangun sebuah bisnes komuniti yang beroperasi dari rumah secara professional. Sertai kami segera. Terdapat terma dan syarat untuk Chocolate Garden memasarkan Produk. ikuti maklumat lanjut dari masa ke semasa @ hubungi Mardhiah 019 - 7730126,sbg wakil Chocolate Garden.

Terima kasih

0 comments: