BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

Cerita Cube Castle

Dalam entri sebelum ni kami ada sebut tentang Cube Castle. di situlah Chocolate Garden akan beroperasi secara fizikal. kali ni nak kongsi pula tentang Cube Castle yang bakal di buka di Batu Pahat Mall awal Januari 2011.


Ni la sign board Cube Castle

Kebiasaannya bila nak jual produk kita buka kedai @ booth @ kiosk dan kita yang kene manage. lain pula ceritanya pada Cube Castle. Cube Castle adalah sebuah kedai yang memuatkan banyak rak pelbagai size. rak ni adalah untuk di sewa@dibeli oleh sesiapa sahaja yang berhasrat memasarkan barangan mereka. tentang management dan jualan barangan akan diuruskan oleh pihak cube castle yang hire sales person. dalam erti kata lain, Cube Castle adalah kedai pelbagai aneka yang memanfaatkan teknologi internet.

Contoh la... Chocolate Garden sewa rak di Cube Castle untuk display produk dan kita letak juga stok coklat untuk jualan. sales person yang akan jualkan dan ambil order. sedikit percentage dari jualan akan Chocolate Garden bayar sebagai management fees. means cube castle bantu Chocolate Garden dalam aspek pengurusan jualan. ni termasuklah online order,jualan terus, marketing by fliers,etc..

teknologi ni sebenarnya datang dari Taiwan. Al kisahnya ada owner kedai choc kek yang sudah beroperasi beberapa tahun, tp salesnya x mantap. setakat roll modal je... ada orang offer dia join sistem macam cube castle ni. dalam masa dua tahun dia punya sales pun melonjak.. ikut kisah sahabat kami ni dalam masa 2 tahun tu jadi jutawan...

Pakej cube castle ni ada:
1. Rak - sewa @ beli
2. Setup web
3. Membership card
4. management

Chocolate Garden da invest dalam Cube Castle ni sebab nak boost lagi Produk Muslim. secara specifik untuk sekarang ni Produk berasaskan coklat. Dalam masa yang sama Chocolate Garden kini membuka ruang untuk 100 orang yang mendaftar sebagai ahli pada bulan Disember untuk di pilih menjadi wakil agar Chocolate Garden setup ruang @ susun team di setiap lokasi untuk pasarkan produk berasaskan coklat.

So, daftar segera sebagai ahli Chocolate Garden. Dibuka untuk 100 orang sahaja. Tawaran tamat 31 Disember 2010.

Kami kongsikan lagi lain kali insyaALLAH. Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut hubungi Mardhiah 019 - 773 0126.

Terima kasih

0 comments: