BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

Cerita Cube Castle

Dalam entri sebelum ni kami ada sebut tentang Cube Castle. di situlah Chocolate Garden akan beroperasi secara fizikal. kali ni nak kongsi pula tentang Cube Castle yang bakal di buka di Batu Pahat Mall awal Januari 2011.


Ni la sign board Cube Castle

Kebiasaannya bila nak jual produk kita buka kedai @ booth @ kiosk dan kita yang kene manage. lain pula ceritanya pada Cube Castle. Cube Castle adalah sebuah kedai yang memuatkan banyak rak pelbagai size. rak ni adalah untuk di sewa@dibeli oleh sesiapa sahaja yang berhasrat memasarkan barangan mereka. tentang management dan jualan barangan akan diuruskan oleh pihak cube castle yang hire sales person. dalam erti kata lain, Cube Castle adalah kedai pelbagai aneka yang memanfaatkan teknologi internet.

Contoh la... Chocolate Garden sewa rak di Cube Castle untuk display produk dan kita letak juga stok coklat untuk jualan. sales person yang akan jualkan dan ambil order. sedikit percentage dari jualan akan Chocolate Garden bayar sebagai management fees. means cube castle bantu Chocolate Garden dalam aspek pengurusan jualan. ni termasuklah online order,jualan terus, marketing by fliers,etc..

teknologi ni sebenarnya datang dari Taiwan. Al kisahnya ada owner kedai choc kek yang sudah beroperasi beberapa tahun, tp salesnya x mantap. setakat roll modal je... ada orang offer dia join sistem macam cube castle ni. dalam masa dua tahun dia punya sales pun melonjak.. ikut kisah sahabat kami ni dalam masa 2 tahun tu jadi jutawan...

Pakej cube castle ni ada:
1. Rak - sewa @ beli
2. Setup web
3. Membership card
4. management

Chocolate Garden da invest dalam Cube Castle ni sebab nak boost lagi Produk Muslim. secara specifik untuk sekarang ni Produk berasaskan coklat. Dalam masa yang sama Chocolate Garden kini membuka ruang untuk 100 orang yang mendaftar sebagai ahli pada bulan Disember untuk di pilih menjadi wakil agar Chocolate Garden setup ruang @ susun team di setiap lokasi untuk pasarkan produk berasaskan coklat.

So, daftar segera sebagai ahli Chocolate Garden. Dibuka untuk 100 orang sahaja. Tawaran tamat 31 Disember 2010.

Kami kongsikan lagi lain kali insyaALLAH. Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut hubungi Mardhiah 019 - 773 0126.

Terima kasih

Monday, November 29, 2010

Tawaran istimewa buat homemade chocolatier

Dalam entri sebelum ini, kami telah mewar -warkan tentang pakej istimewa. kali ini ZHC ingin memperincikan tentang pakej istimewa tersebut memandangkan maklum balas yang kami terima. Terima kasih buat pengunjung yang sudi bertanya.

Bermula tahun 2011, ZISS Homemade Chocolate akan bernaung dibawah Chocolate Garden yang dimiliki oleh Choc Garden Enterprise. Menjelang pelancaran Chocolate Garden di Batu Pahat pada awal Januari 2011, Chocolate Garden berhasrat menghimpunkan chocolatier yang beroperasi sepenuh masa dari rumah untuk memasarkan coklat yang di hasilkan.

ZISS Homemade Chocolate yang beroperasi di Gombak telah diberi ruang oleh Chocolate Garden untuk merekrut peserta kelas coklat kami yang berminat menyertai Chocolate Garden.

Apa istimewanya tawaran Chocolate Garden ?

1. Pemasaran produk homemade berasaskan cokelat seperti coklat pelbagai bentuk dan rasa, kek coklat, muffin coklat. senang cerita apa - apa produk yang ada nama coklat.
2. Pemasaran kelas - kelas produk handmade berasaskan cokelat  seperti kelas coklat.
3. Chocolate Garden akan mula melantik peserta yang menghadiri kelas ZHC bermula Disember 2010 untuk menjadi wakil Chocolate Garden di lokasi - lokasi terpilih.
4. Tawaran keahlian Chocolate Garden bernilai RM 50 untuk seumur hidup. Yuran keahlian ini termasuk kad keahlian yang memberi anda kenikmatan berganda apabila anda membeli di Cube Castle, Batu Pahat Mall Batu Pahat Johor.
5. Sijil penyertaan yang mengesahkan perlantikan anda sebagai wakil Chocolate Garden di lokasi anda.

Sempena cuti sekolah ini, bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Chocolate Garden, pelaburan anda untuk kelas coklat yang di kendalikan oleh ZISS Homemade Chocolate adalah RM 200 sahaja. Apa yang di ajar tidak akan kurang dari pakej kebiasaan ZISS Homemade chocolate. Tawaran pendaftaran ahli yang memberikan anda mendapat diskaun menghadiri kelas hanya untuk 100 orang yang mendaftar pada bulan Disember ini sahaja. Dalam erti kata lain, anda daftar dulu RM 50 sebagai ahli Chocolate Garden dan anda sudah layak untuk menyertai kelas kami dengan RM 200 sepanjang tahun 2011.

Daftar sebagai ahli Chocolate Garden sebelum 31 Disember. Tawaran di buka untuk 100 orang sahaja.

Chocolate Garden berhasrat membangun sebuah bisnes komuniti yang beroperasi dari rumah secara professional. Sertai kami segera. Terdapat terma dan syarat untuk Chocolate Garden memasarkan Produk. ikuti maklumat lanjut dari masa ke semasa @ hubungi Mardhiah 019 - 7730126,sbg wakil Chocolate Garden.

Terima kasih

Monday, November 15, 2010

Kelas Coklet sempena cuti sekolah

 Salam Aidil Adha buat semua...

Sempena cuti sekolah ini, ZHC membuka kelas buat warga gombak pada tarikh berikut :

Jumaat, 19 Nov 2010 - sudah penuh
Ahad, 21 Nov 2010 - sudah penuh
Ahad 28 Nov 2010
Jumaat 3 Dis 2010 sudah penuh
Ahad 5 Dis 2010
Ahad 12 Dis 2010
Jumaat 17 Dis 2010
Ahad 19 Dis 2010
Ahad 26 Dis 2010

Ada pakej istimewa yang kami tawarkan sempena cuti sekolah ini. Hubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut.

1 sesi terhad kpd 2 org.
untuk mendaftar dan mengetahui pakej istimewa ini sila hubungi Mardhiah, 019 - 773 0126.

kita layan gambar...

 Setup kelas coklat


sebahagian dari coklat yang di buat dan di bawa balik oleh peserta

Daftar segera sebelum tawaran istimewa tamat.

Terima Kasih

Monday, July 19, 2010

Tawaran istimewa buat warga Batu Pahat.


Ziss-homechoc akan mengadakan kelas asas pembuatan coklat dengan pakej tersendiri buat warga Batu Pahat.
Sertai kami dengan mendaftar ke kelas asas pembuatan coklat pada salah satu dari tarikh berikut:
31 Julai 2010
1 Ogos 2010
2 Ogos 2010
Tempat adalah terhad.First come first served
Pendaftaran boleh di buat dengan menghubungi/SMS Pn Mardhiah 019 – 773 0126
Atau email zissbizz@gmail.com.
Pelaburan anda untuk kelas ini adalah RM 150.

Terima Kasih.

Thursday, July 8, 2010

Perubahan jadual kelas asas pembuatan Coklat di rumah

Salam to all..


Secara tetap, Ziss-Homemade Chocolates akan mengadakan kelas pada hujung minggu sahaja. Jika terdapat terdapat permintaan untuk menghadiri kelas selain daripada hari yang dinyatakan kami bersedia untuk mengambil kira permintaan anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Ziss-Homemade Chocolates kini membuka peluang buat warga Batu Pahat untuk mempelajari teknik mudah membuat cokelat di rumah tanpa memerlukan setup kos yang tinggi. Hanya perlu air panas dan peti sejuk. Peralatan dan bahan di sediakan.

Kami juga membuka ruang buat warga IPT dan lepasan SPM.
Pakej A : RM 100 (10pg – 12tgh)
Pakej B : RM 150 (10pg – 3ptg)

Perbezaan pakej A &B pada resepi yang diajar dan bilangan cokelat yang di bawa pulang. Pakej B adalah pakej lengkap.

Jadual kelas seperti berikut :
11 Julai 2010 (Ahad)
13 Julai 2010 (Selasa)
24 Julai 2010 (Sabtu)
25 Julai 2010 (Ahad)
7 Ogos 2010 (Sabtu)
8 Ogos 2010 (Ahad)

Tarikh lain akan di beritahu kelak kerana Ziss-Homemade Chocolates tidak akan mengadakan kelas pada bulan ramadhan kecuali terdapat permintaan.

Terima Kasih.
Mardhiah
Pengurus ZHC

Sunday, July 4, 2010

Tempahan Raya dan Ramadhan

Ramadhan kian hampir. Setelah perginya bulan Rejab dan syaaban akan tibalah bulan Ramadhan. Kehangatan Hari Raya Aidilfitri masih belum terasa, tetapi kehangatan Ramadhan telah terasa auranya.

ZISS Homemade chocolates sekali lagi menawarkan juadah berbuka dan juadah untuk hari raya yang akan menjelang tiba dalam empat bulan lagi.

Tempahan Ramadhan dan raya dibuka dari 1 Julai sehingga 6 Ogos 2010 kepada pembeli-pembeli yang berminat.

Penghantaran tempahan chocolates akan bermula pada 16 Ogos 2010 sehingga 30 Ogos 2010.

Harga Chocolates tidak termasuk kos penghantaran.

Kami menerima tempahan dari tiga lokasi iaitu Gombak, Bangi dan Batu Pahat.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
E-mail rasmi:zissbizz@gmail.com
Pengurus ZISS Homemade choc: Pn Mardhiah binti samsuri-->019-7730126
Marketing Manager ZISS Homemade choc: Maryam Hijrah-->013-6289461/sirr89@gmail.com

Saturday, April 3, 2010

profile 2009




Sebahagian daripada cenderahati dan hadiah serta Variasi Coklat yang ditawarkan pada tahun 2009.